1. Akuan Pengguna
Saya mengesahkan bahawa semua maklumat yang diberikan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Ibu Bapa & Alumni TUNAZ adalah benar, lengkap dan terkini.
Saya memahami bahawa sebarang maklumat yang tidak tepat atau palsu boleh menjejaskan rekod dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak sekolah.
2. Pengumpulan dan Tujuan Penggunaan Data
Saya memberikan kebenaran kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Zaidi (TUNAZ)
untuk mengumpul, menyimpan, mengurus dan memproses maklumat yang diberikan bagi tujuan:
- Pengurusan rekod Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pengjaga, pelajar dan alumni;
- Penganjuran aktiviti, program, sumbangan dan komunikasi rasmi sekolah;
- Penyediaan laporan, statistik dan analisis;
- Pembangunan ekosistem alumni dan kerjaya pelajar.
3. Pemilik Sistem dan Penyedia Teknologi
Sistem PIBG & Alumni TUNAZ dibangunkan dan disenggara oleh Micro Semiconductor Sdn. Bhd. sebagai penyedia teknologi
yang bertanggungjawab terhadap pembangunan, penyelenggaraan, keselamatan dan operasi teknikal sistem.
Walau bagaimanapun, semua data yang dikumpulkan melalui sistem ini adalah hak milik dan berada di bawah kawalan
pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Zaidi (TUNAZ) dan digunakan bagi tujuan rasmi sekolah.
4. Integrasi Dengan Ekosistem GetMe Hired
Saya memahami bahawa sistem ini merupakan sebahagian daripada ekosistem pembangunan pendidikan dan kerjaya yang dibangunkan oleh Micro Semiconductor Sdn. Bhd.
Namun, data berkaitan dengan profil pelajar dan alumni boleh disalurkan dengan platform GetMe Hired (getmehired.io) bagi tujuan:
- Pembinaan profil kerjaya secara berperingkat;
- Penyediaan portfolio akademik dan kokurikulum;
- Program pembangunan bakat;
- Peluang latihan industri, biasiswa dan pekerjaan;
- Perkhidmatan pembangunan kerjaya selepas tamat pengajian di institusi pengajian tinggi.
Penyegerakan data ini bertujuan mewujudkan kesinambungan pembangunan pelajar daripada
peringkat sekolah sehingga memasuki alam pengajian tinggi dan seterusnya ke alam pekerjaan.
5. Keselamatan dan Kerahsiaan Data
Pihak TUNAZ bersama Micro Semiconductor Sdn. Bhd. akan mengambil langkah-langkah keselamatan teknikal dan pentadbiran yang munasabah
untuk melindungi data daripada kehilangan, akses tanpa kebenaran, penyalahgunaan, pengubahsuaian atau pendedahan yang tidak dibenarkan.
Walaupun pelbagai mekanisme keselamatan dilaksanakan, pengguna memahami bahawa tiada sistem teknologi maklumat yang dapat menjamin
keselamatan mutlak daripada risiko siber atau gangguan teknikal.
6. Perkongsian Data
Maklumat yang dikumpulkan tidak akan dijual atau diberikan kepada mana-mana pihak ketiga bagi tujuan komersial.
Sebarang perkongsian data hanya akan dilakukan bagi:
- Kegunaan rasmi TUNAZ;
- Tujuan operasi sistem yang diberi kuasa kepada penyedia teknologi;
- Ekosistem pembangunan kerjaya melalui platform GetMe Hired seperti yang dinyatakan di atas;
- Semakan yang dikehendaki oleh undang-undang atau arahan pihak berkuasa yang sah
7. Hak Pengguna
Ahli PIBG & Alumni yang telah berdaftar berhak untuk:
- Mengemaskini maklumat yang diberikan;
- Memohon pembetulan data yang tidak tepat;
- Memohon semakan terhadap penggunaan data mereka tertakluk kepada dasar pentadbiran TUNAZ dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa